Kami amat gembira mengetahui yang anda sudah memiliki kad BigPay.
Anda boleh menggunakan kad BigPay anda di mana-mana sahaja untuk melakukan pembayaran kepada peniaga yang menerima kad pra-bayar Visa sebagai medium pembayaran.
Β
Adakah saya perlu melakukan sebarang pengaktifan pembayaran luar negara untuk perjalanan saya?
Tidak, tiada pengaktifan diperlukan, kerana anda boleh menggunakan kad BigPay untuk melakukan transaksi di luar negara secara automatik.
Adakah terdapat negara yang saya tidak boleh menggunakan kad saya?
Malangnya, anda tidak boleh menggunakan kad BigPay anda di Korea Utara dan Israel.
Saya telah melengkapkan 6 digit pin untuk kad fizikal saya. Apakah yang perlu saya masukkan apabila peniaga meminta 4 digit pin?
Anda hanya perlu memasukkan 4 digit pin yang pertama sahaja, dan ia akan melakukan keajaiban untuk anda.
Contohnya: jika anda telah menetapkan 123456 sebagai pin anda. Katakan seorang peniaga telah meminta pin 4 digit, masukkan 1234 untuk membenarkan transaksi anda.
Β
Mata wang manakah yang harus saya pilih semasa membayar menggunakan kad BigPay saya?
Sentiasa memilih mata wang tempatan di kawasan perjalanan anda jika anda diberi pilihan untuk menikmati kadar pertukaran terbaik!
Sebagai contoh, Jika anda melancong ke Thailand, pastikan anda memilih dan bayar dalam Thai Baht.
Β
Bagaimana dengan transaksi dalam talian saya? Peraturan yang sama akan digunakan! Jika anda membeli tiket di laman web Singapura, sentiasa lakukan pembayaran dalam SGD.
Lihat tiga artikel ini untuk [Akaun] Apakah had akaun BigPay saya? π²[had], [Yuran dan Caj] Adakah terdapat sebarang yuran dan caj? πΈ[yuran] atau [Kadar Pertukaran] Apakah kadar pertukaran apabila saya menggunakan kad saya di luar negara? π[kadar pertukaran]
Β
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiriΒ 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.