Terima kasih kerana mencuba ciri tambah nilai prabayar dalam app BigPay anda.
Berikut ialah A-Z cara untuk melakukan tambah nilai prabayar untuk telefon anda:
- Klik pada 'Explore'
- Klik pada "Bills".
- Cari 'Mobile Prepaid' dan pilih penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang sedang anda gunakan.
- Isikan butiran dan pilih jumlah tambah nilai yang anda mahukan untuk telefon anda.
PS: Anda boleh memilih untuk menetapkan peringatan bagi tambah nilai tersebut, bagi memudahkan anda membuat tambah nilai yang sama di masa akan datang. - Tekan 'Next' untuk menyemak butiran dan sahkan pembayaran dengan Pengesahan dalam app.
- Anda perlu memberi kebenaran dengan cap jari/FaceID/PIN.
- Tadaaa! Nombor telefon anda sepatutnya menerima tambah nilai prabayar dalam masa 10 minit.
Peringatan daripada kami: Anda akan mendapat mata ganjaran AirAsia dengan pembelian tambah nilai prabayar sebanyak RM30=1 mata ganjaran.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.